Saturday 15 December 2012

Hitam Hitam Si Tampuk Manggis

Hitam hitam si tampuk manggis....sunnguhpun hitam memang manis. Masa kt tesco g cari barang umah ternampak buah manggis ni. Aku kalu g tesco/giant mesti singgah bahagian buah sebab aku memang gemar makan buah. Lagi2 sekarang ni musim buah buahan. Aduhaiii terkiur nya. Hajat hati nak balik kampung nak makan buah dan berjumpa mak ayah yang baru balik dari Mekah tak tercapai. Cuti Mr.Hubby tak lulus!! Aku sampai terngigau2 nak makan buah. Tengok si hitam manis ni terus aku sambar



1 bag jaring ni, aku dapat RM 8.55. Mahalnya! Tapi sebab dah terliur sangat...aku ambik jugak. Takpe2....nanti kalau ayah aku nk datang KL aku mintak dia bawak banyak2!!

Thursday 13 December 2012

TV baru

TV lama & model TV

Sayang seribu kali sayang! TV lama dah rosak. Seminggu di rumah baru, dia mula bt hal....nk bukak kna tggu lama dalam 10 minit camtu. Kalau nk tgk citer memang kena bukak awal2 la. Tu tanda awal dia sakit. Tak lama lepas tu, tv dah tak boleh pasang lama2. Paling lama bertahan 30 minit. Lepas tu, kuar kelabu2, makin gelap....makin gelap. Nak tak nak sebab sakit mata terpaksalah tutup tv tu.

Aku bukan main sayang kat TV lama ni. TV pertama kami lepas kawen. Dah banyak jasa dia ni kat kami. 2 tahun TV ni dengan kami. Mana tak buat hal nya, TV tu kami angkut buat pindah umah dah 3 kali. Pastu masa kt umah Gombak TV tu pernah "bermandi". Sebab bilik air kat tingkat atas dan TV kt bawah betul2 bawah bilik air. Malam tu, umah kami banjir sebab pelampung tangki air rosak. Air habis melimpah sampai bawah.

Aku sayang giler TV ni sebab ia TV kaca, TV gemuk(aku panggil macam tu sebab dia gemuk ke belakang) tak sama dengan TV yang ada kt pasaran hari ni. TV sekarang ni nipis jer. Tak puas tengok. Rasa macam tengok kt laptop plak.


TV baru & model yg sama



Monday 19 November 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Hari ni tuan kecik genap setahun. Harap2 nya beliau tak demam dapat suntikan nanti. Anak mama mesti strong! Terasa cepatnya masa berlalu. Seolah baru semalam melahirkan Imran. Sekarang ni dah mula berjalan..."meter" perjalanan pun dah banyak.hehehe. Habis benda dia buat main. Kerusi makan, penyidai towel tu selamba je beliau buat tolak macam tolak kete jer. Bakul kain, penyangkut baju kalau lambat kemas alamak jadi mainan dia la. 

Pantang lupa tutup pintu bilik....beliau dah ada dalam bilik air dalam bilik aku tuh. duk tepuk2 air! Sofa dan katil tu dah  boleh panjat dengan tangkas dah. Orang duk makan dia sibuk nak jugak....Pantang bukak peti ais....cepat jer datang sebab tertarik dengan lampu peti ais. 

 Semoga jadi sihat selalu, jadi ank yg soleh dan taat, bijak dan baik akhlak. Imran tetap baby mama&abah. Selamat Ulang Tahun Sayangku....

Newborn...........19 Nov 2011


1 bulan    
2 bulan

3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulan

7 bulan 
8 bulan 

9 bulan 
10 bulan 
11 bulan


* pic 12bln akn update nt.



Friday 16 November 2012

Salam Rindu

Hai....hai...salam rindu buat semua. Rindu ke?? Aku rindu untuk menulis, mula ketagih ;) korang rindu aku tak??? Jadual aku amat sibuk....hahaha. macam gaya orang bekerja je kan? Sekarang aku curi masa untuk coret sini kjap. Aku sibuk layan kerenah Tuan kecik dan tuan besar....hehehe. Tuan kecik tengah tdo tu. jgn bising! nanti jaga  plak.

Aku masih sibuk dengan rumah baru. Ada 1/3 lagi barang yang masih belum aku kemas. Haihh!! Sini internet tak berapa nak cemerlang. Aku cukup tak suka dengan internet yang tahap siput. untuk elak aku stress dengan "kecemerlangan" tu, aku malas nak online. senang citer kan? 

Di sini ku temui ketenangan. eceh! betol la.....sini tenang jer. tak bising maam KL. sini sejuk jer. Udara nyaman. Cuma sekarang ni musim cuti sekolah, meriah skit la suara budak2 kat luar. Budak2 kt sini hormatkan kami....suka tegur sapa. Imran dah ada kawan....ada je menegur...

"acik....nak g mana?"

"ayah kija ke acik?---ayah, panggilan bdak2 sini kat hubby

"Imran mana?"


pic 11m....




*ni dulu....tuan kecik dah bangun
**maaf tiada gambar rumah bt masa ni. kamera aku x jmpa cari connection nya.

Wednesday 17 October 2012

Pindah

Sekarang tengah kemas2 rumah untuk pindah rumah baru. Rumah kecil kami. Insya Allah, kalau ada rezeki rumah besar pulak. Amiin. Emak mertua & adik ipar di import khas dari Kelate...hehehe. so, agak bizi la sekarang ni tapi masih sempat update blog lg kan?? 

Lepas kami kawen, kami "menetap" di Taman Samudra selama setahun lebih. Lepas tu, sebab aku nk bersalinkan Imran kami ambil keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih "rendah", ada tanah. Sebab dekat Samudra, kami di tingkat 5....paling atas. huhuhu. Agak sukar untuk aku berpantang nanti. 

Akhirnya, kami menetap pula di Taman Koperasi Polis 2....dapat la rumah yang rendah, bertanah, paling penting tak payah nak berebut tempat parking kereta. Maka, MyKids Imran beralamat di sini. Tinggal lah kami di sini selama setahun lebih. 

Selepas setahun lebih, aku berhijarh lagi. Kali ni, rumah kami sendiri. Alhamdulillah ;) 

Cabaran kali ni, aku kemas barang di "temani" junior kecik tu.....Aduhai...mama kemas sini, dia tarik sana. Mama kemas sana dia datang tolong "kemas"kan jugak. Bila mama nk siap berkemas kalau macam ni la gayanya. 

Beza tahun lepas, beliau masih dalam perut. Aku cuma penat jer. Yang ni, beliau bukan main ligat. Kadang2 mama tepuk dahi tengok "keaktifan" beliau.

Sampai sini dulu. Nanti aku update lagi. Kalu dan, dengan gambar sekali.

Monday 15 October 2012

Tahniah Aqasha

comel kan??


Aqasha dapat ank kedua....baby girl. Comel, kiut miut gitu anaknya. Anak perempuan dia ni sejibik macam Aqasha.

sumber : beautifulnara.com

Thursday 11 October 2012

Panggilan Haji

Semalam kami ke KelanaJaya.....bertemu peminat mak ayah aku nak berangkat ke Tanah Suci. Masa buat kenduri doa selamat hari tu, kami tak dapat balik sebab Mr.Hubby kerja.

Kami amik LRT laluan Kelanajaya memandangkan kami tak tau jalan.
Dengan hujan, suami tak boleh drive malam, tak nak amik risiko sesat. Senang citer g ngan tren je. Amik tren dr Gombak-KelanaJaya. Super duper boring sebab terpksa melalui 24 stesen.
Lepas maghrib kami keluar. Sampai sana dah pukul 9.30.
Dekat 1jam lebih gak la kami berjumpa.
Khemah besar di dirikan, kaum keluarga yang ramai, smpai ada yang berkelah kat situ siap bawak nasi + lauk pauk skali.

Semoga orang tuaku di beri kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan kembali pulang dalam sihat walafiat.
Imran dalam tren...
Bakal2 haji & Hajah

Aku, Imran, Mak, Ayah, Pak cik Ya & Isteri

Tuesday 9 October 2012

Akhirnya...



Nah! ni majalah lain dari yang lain. Tak pernah masuk dalam list majalah aku ni. Tapi sebab penangan Aqasha, aku beli gak. Huh! tak pernah2 beli majalah ni.

Tak rugi pun aku beli majalah ni...Mr.Hubby boleh baca. Balik dari kerja tadi beliau duk mengadap majalah ni. Dia pun faham aku tengah "suka" mamat ni. Ni semua gara2 drama Gemersik Kalbu dan Dejavu Di Kinabalu la. 

Mr.hubby pun dah selalu sangat nyanyikan lagu Aqasha ni untuk aku. hehehe. Dah banyak kali ke kedai buku, aku tengok jer. teringin nak memiliki tapi last2 batalkan niat tu. Sekarang sudah ada dalam koleksi. Sebelum ni aku bukan minat sangat ngan si Aqasha ni. Asal tau Aqasha jadi hero, terus aku boikot. Tak melekat depan TV. 


Suatu Masa & Butterfly




Monday 1 October 2012

Oktober Sudah

Ehh! dah masuk oktober kah? Slamat datang oktober. Terasa cepat betul masa berjalan. Moga di limpahi rahmat, kebahagiaan dan kegembiraan buat kami sekeluarga. 

Baby Imran dah 11 bulan. Mau melangkah setahun. Alhamdulillah. Kedatangan beliau yang menceriakan hari2 kami. Pintar budaknya. Macam2 kerenah dan ragam.Rasa macam baru semalam melahirkan Imran.

Insya Allah dan Alhamdulillah, kami sudah mampu memiliki rumah sendiri. Pertengahan Oktober nanti kami pindah. Walaupaun tak seberapa, bukan banglo yang besar itulah syurga kami kelak. Yang penting kami tak payah nk pikir pasal sewa dah. 

Bulan ini juga kedua ayah mak aku akan menunaikan haji kali kedua. Alhamdulillah atas rezeki yang di berikan. Moga keduanya di berikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah. 

teman mama jemur baju....sbb sy nanges kena duk dalam ni 

Khusyuk benor tengok Upin Ipin ni...

org online dia sibuk bt iklan tak berbayar....bg dengar terus diam smpai meleleh air liur
 
3 keping gambar tu tak der kena mengena dengan tajuk....saja nk letak...hehehe


Sunday 16 September 2012

Fobia

Masa mengandungkan Imran aku pernah mengalami hidung berdarah. Ini kali pertama terjadi kat aku. Seblum ni walau panas macamana hidung aku tak pernah berdarah. Tengok kawan yang berdarah hidung masa kecik2 dulu penah la.

Masa tu kalau tak silap kandungan 5 bulan. Kena pulak masa bulan puasa. Lepas balik kerja hari tu, aku terlelap sekejap. Aku terjaga di sebabkan terasa hidung aku tersumbat. Aku hembus hingus (sbb ingatkan ada hingus) pada tuala merah. Tapi aku rasa lain macam jer "hingus" aku kali ni. Dari posisi tidur, aku bangun bersila. Sekali lagi aku cuba hembuskan hingus. Kali ni pada tuala yang lain pula.

Sungguh terkejut bila tengok darah pada tuala. Darah keluar tanpa henti. Aku cuba rileks. Hubungi Mr.Hubby banyak kali tapi tak dapat2. Terasa nak nangis. Aku mula risau pada baby. Dalam berkira2 nak hubungi 999 aku cuba tepon Mr.Hubby sekali lagi. Nasib baik dapat. Aku minta dia balik cepat2. Beliau masa tu tengah beratur kat ATM.

Bilik aku dah macam bilik orang kena bunuh. Habis darah bersepah sebab dari katil aku berjalan ke suis untuk dapatkan henfon yang tengah duk tengah cas. Mr.Hubby balik dan letak ais kat hidung...alhamdulillah semua nya baik2 saja. Darah terus berenti. Esoknya aku ke klinik Tanglin. jumpa doktor. Syukur semuanya ok. Doktor cakap aku kurang air. Lagi pun cuaca panas sungguh.

Misi2 kat klinik yang mengenaliku menjangkan baby boy. "Biasa nya kalau ibu berdarah hidung baby tu baby boy" Aku hanya mampu tersenyum. Kami tak kisah. Benar seperti di jangka. Lahir lah baby Imran ;)

Sampai sekarang aku fobia untuk korek hidung lebih2...hehehe






Saturday 15 September 2012

Jagung Yang Manis

Lidah teringin nak makan jagung manis yang jadi faberet aku. Maka, sibuk lah duk menggoogle......ni yang aku jumpa.

Bermula experiment aku. hehehe.

Bahan-bahan
•1 cwn jagung (biasa ada jual kat pasaraya yg biji2 dlm plastik
•1 sudu susu pekat
•1 sudu butter - fira guna buttercup
•secubit garam

Cara-cara
•kukus jagung hingga masak.
•bila jagung kukus dh masak, masukkan dlm mangkuk.
•masukkan butter, susu & garam. gaul sebati.
•siap! boleh la dimakan panas2... klu sejuk marjerin akan mbeku n rasa dh tk sedap! :)

Sekali buat, bukan nya 1 cawan dah. terus buat 1 mangkuk untuk fira sorang. kejap jer licin. Sedappp!

Wednesday 29 August 2012

Cerita Raya Kami

Masih dalam mood raya kah kalian semua?? Sekembalinya ke KL...dh xder mood raya rasanya. Kembali pada tugas hakiki. 17hb Ogos, hari terakhir Mr.Hubby bertugas. Sebelum sahur dalam pukul 3am kami bertolak pulang menuju pantai timur. Suasana tenang di Tol Gombak melegakan kami.Lepas jer Tol Gombak, trafik mula jam. Dari Gombak-Bentong ambil masa 3jam. Sungguh la padat! Tahun lepas kami balik masa macam ni la....orang tak der la ramai macam tahun ni. Hatta, nak singgah ke tandas pun ramainya yang beratur. Nasib baik, Imran tidur je sepanjang perjalanan. Pukuk 1pm selamat sampai di Setiu. Weeehhooo.....

tahun ni beraya dengan si kecil...tahun lepas beliau masih dalam perut mama...hehe


Lepas sembahyang raya kami bertolak pulang ke rumah mertua di Tumpat. Pada petang esok nya kami di kejutkan dengan berita kematian mak cik suami. Kami bergegas ke Hospital Kota Bharu. Raya kali ini juga kami tidak lepas dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan saudara dan rakan. Pada yang tidak sempat kami ke majlis harapnya tidak berkecil hati.

Dalam perjalanan pulang si kecil demam. Nasib baik trafik tak jam. Maka, bertampal "cool fever" lah beliau

cepat cehat yer anaknda

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga :)

Friday 17 August 2012

Salam Dari Perantau





hehehe.....tajuk tak boleh blah. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari Fira, Faizal & baby Imran. Moga perjalanan kami balik ke kampung berjalan lancar.

Wednesday 15 August 2012

Kisah Anak Bujangku

Ini budak sudah tak boleh duduk diam....asyik la meng'explore' je kerjanya. Buat mama dan abahnya penat jer. Bila dia ada....kalah kami nak melayan, bila dia tido...kami yang terasa sunyi dan bosan. Tu baru dia tido...belum pergi sekolah lagi. Haih!

Ini kisah yang terjadi hari ahad yang lepas. Kami sedang sibuk bersedia untuk berbuka....

beliau dan walkernya

Skill terbaru beliau....suka betul letak/pijak kat besi X dalam bulatan tu. Sebab nak ambil bola yang ada kat kaki walker, beliau pijak kat situ lalu tersembam di tikar buluh yang terbentang. Dan inilah hasilnya.....

kecoh kjap wktu berbuka tu....
Imran......Imran.....raya dah nak dekat. Nanti orang lain beraya muka handsome, awak pulak muka camni....moga raya ni sempat sembuh...

Thursday 9 August 2012

Gas Petronas


 
Ini entry khas. So, Petronas, sila bg kredit kat aku yer....hahaha. Tugasan memasak solid food Imran tergendala gara2 gas aku dah abes. Sebelum ke tempat kerja Mr.Hubby dah singgah kat kedai berhampiran. Tunggu punya tunggu lama benar tak datang hantar jugak. Dari pukul 7.30-10.30am. Mak aii....lama betol. Dia cakap dengan Mr.Hubby mungkin lambat sikit sebab masa tu pembantu kedai tak ada, tak boleh tinggal kedai.

Bila pukul 10.30 tak datang jugak, aku dah angin. Telefon Mr.Hubby....mana la tau dia ada ambik no telefon kedai tu. Dia tak ambik pulak. Kedai dekat je dengan rumah. Nak keluar ke kedai tu yang susah. Imran masih tidur lagi. Kang tinggal budak ni, bangun aku tak ada menangis pulak.

Di sebabkan "segalanya dihujung jari" dan teringatkan iklan petronas blh buat penghantaran gas ke rumah....aku gatal tangan pegi search kat google....jumpa ini. Aku buat panggilan kat 1300-88-427. Dalam setengah jam, gas dah selamat sampai kat umah. Nanti nak guna lagi la ;) Tugas memasak di mulakan.


taaaraaaaa.....inilah hasilnya : nasi + potato + lobak + mangga
makan bertambah....kejap jer dah licin.



Solid Food Imran

Sekarang aku sedang sibuk bercinta bereksperimen kat Imran..... Sedang berusaha untuk memberikan makanan yang terbaik untuk babyku ini. Seboleh bolehnya berusaha untuk buat homemade yang kaya dengan kasih sayang. Yang paling penting bayiku tidak terjebak dengan pengaruh perasa dari luar. Katakan TIDAK pada GARAM, GULA!!

Dulu, masa sblm berenti kerja, bangun di awal pagi untuk sediakan bekal makanan untuk Imran. Nanti Babysitter dia just panaskan jer. Rajin kan?? Kuatkan semangat walaupun waktu pagi tu amatlah sibuk. Mana nk sediakan makanan dia, mana nak sediakan minuman abahnya. Nasib baik beg mengajar aku dah siapkan waktu malam lagi. Aku pun banyak tak tau mulanya. Tapi, banyak bertanya pada orang dan buat research sikit banyak2.....


sebagai panduan

sebagai contoh





Hari ni tergendala jap nak buat makanan Imran. Gas habes plak. Dari pagi lagi Mr.Hubby dah singgah bagitau kat kedai. Sampai sekarang tak hantar gas lagi . Bengang betol. Nasib baik bulan puasa. Imran pun duk tido lagi. Biasanya dia bangun, makanan dia dah ready dah.

nasi + ayam + lobak + kismis
kejap jer dah licin




Buku yang di tunggu tunggu selamat smpai kat tangan aku semalam. Makin teruja untuk bereksperimen...hehhehe....Moga si manjaku makin membesar dengan sihat.

Saturday 4 August 2012

Ku Lepaskan.....

Sudah sebulan lebih aku bergelar suri rumah tangga sepenuh masa. Dengan separuh rela ku lepas kan jawatan guru. Sedih usah di ceritakan sayang yang tertumpah, kasih yang mekar, rindu yang sarat untuk anak murid......Rindu pada gelak tawa mereka, keletah mereka walaupun kadang kadang agak tercabar kesabaranku. Ini lah tempat kerja yang paling aku sayang, yang paling lama aku bertahan.

Kekadang aku masih lagi terbiasa melihat jam di dinding. Aku akan terkenangkan masa di sekolah. Bila tengok jam aku akan teringat "oooo....masa diorg makan sekarang ni."

Sekarang aku sepenuh masa melayan baby Imran yang kian membesar dan cerdik. Walaupaun aku tidak lagi bekerja sebagai guru, dalam hati kecil ku sudah ku simpan azam aku bukan sahaja mama buat Imran malah aku juga guru buat dia.



Thursday 7 June 2012

Handfon

Semua orang kenal handfon/hanset ni kan? Ni la peneman aku yang setia dulu. Mana boleh berpisah. Kerana dialah yang menghubungkan aku dengan cinta hatiku. Mr.Hubby yang duk kat Kedah dan aku di KL. Kami terpisah kerana tuntutan tugas sebagai pelajar.


Bermesej dan "bergayut" lama lama di talian. Hanya telefonlah yang mendekatkan kami. Sekarang tak lagi.

Dulu, bila kuar jer mesti bawak telefon...barang paling penting sekali. Sekarang, aku boleh keluar rumah dengan selamba je tanpa telefon. Kekadang Mr.Hubby pun membebel jugak dengan sikapku......ye la, dah suami dah ada kat sebelah, buat pe lagi nak bawak telefon bagai.

Dulu, aku tak pernah silent telefon aku bila kat rumah. Bimbang cinta hati tak dapat hubungi aku.Sekarang ni bila dah berkeluarga aku lebih suka silent telefon aku. Lagi2 kalau hari cuti. Tak suka di ganggu. Masa untuk keluarga rasanya sangat2 bernilai.

Ramai juga teman2 yang merungut susah nak "dapatkan" aku sekarang ni. Selalu telefon tak berjawab, mesej lambat balas. Dulu aku cepat jer balas mesej dan jawab telefon. Sekarang dengan adanya si kecil makin liat untuk aku jawab telefon. Pada kawan2, maaf di pinta. Tak tau naper sikap aku jadi camni.....

Monday 28 May 2012

Selamat Bercuti

Cuti persekolahan baru bermula...suka nya dapat meluangkan masa untuk keluarga. Kali ni kami sekeluarga di serang demam, selesema, batuk. Sungguh tidak suka! Bermula dengan si kecik Imran, aku, dan sekarang ni en.suami pulak. Kecian pulak tengok si kecik ni.....budak kecik camtu mana tau nk bernafas melalui mulut bila hidung tersumbat. Aku ok la....sebab cuti sekola, tapi Imran la pulak dok nyusu badan...En.suami pulak pergi kerja macam biasa. Tadi sudah menelefon mengadu badan sudah terasa lenguh lenguh....

Ingatkan cuti sekolah kali ni, boleh la kami balik kampung. En.suami pulak yang tak boleh cuti....jadual kerja sudah penuh. Kecian atuk dan nenek Imran kt kampung. Teringin nak tengok Imran.


Selamat bercuti semua! Jaga kesihatan ok! Luangkan masa bersama keluarga ;)

tak boleh taip panjang2....ni smbil bersin2, batuk2.....doakan kami cepat sembuh ;)

Friday 18 May 2012

Alhamdulillah....Rezeki Anak

Inilah rezeki anak....hanya itu yang mampu kami katakan. nak tau apa dia....jom tengok gambar ;)



Semalam en.suami dapat anugerah ni....alhamdulillah. I'm proud of u. Luv u yang.....

Monday 7 May 2012

PBAKL 2012


Minggu lepas berkesempatan luangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Tiap tiap tahun kami akan berkunjung ke PWTC yang pastinya untuk memborong buku. Tambah lagi kami suami isteri ulat buku. Bezanya kali ini kami membawa peserta baru bersama.....baby Imran. Moga dengan pendedahan awal kepada buku akan merangsang minat Baby Imran terhadap buku. Menjadi cita cita kami untuk membuat perpustakaan atau pun ruang membaca di rumah. Harap harapnya impian kami tercapai.

Kunjungan kali ini tak sempat bergambar, beramah mesra dengan penulis seperti biasanya. Kerana kami sibuk melayan baby Imran....Cuaca yang panas memaksa kami tidak boleh berlama lama di PWTC. Lepas membuat bayaran kami terus keluar dan balik ke rumah. Sungguh kami tidak percaya, inilah tempoh kunjungan yang paling singkat. biasanya kami akan meluangkan masa sehari suntuk di sana...

Imran 4 bln
 


Wednesday 18 April 2012

Kerenah Mereka....

Lama benar tak berhikayat perihal murid muridku.....

Cerita 1 :

Masa dalam perjalanan lawatan ke KLCC, kami berborak, bernyanyi dalam van....pastu ada la yang duk mengeja nama pasaraya, klinik, sekolah...

Murid A : eh....ada klinik la kt sana
Murid B : KLINIK DR. BAHAN {mengeja dengan yakin}

**yg sebenarnya Klinik DR. Baharum....hehehe.

Cerita 2 :

Pagi tadi aku ajar sains. Bagaimana tumbuhan bermula dari benih sampai ke pokok. Pastu, aku bawak mereka keluar kelas dan beri pengalaman menanam biji benih lada. Kami dah siapkan batas, gembur tanah. Diorang cuma tabur biji benih jer.

Masa balik, tunggu parents datang ambil, diorang beratur di luar kelas. Tak lama kemudian mereka memanggil aku...

Murid2 : Cikgu....cikgu....dah tinggi dah...
Cikgu   : Pe yang tinggi??
Murid2 : Pokok yang saya tanam pagi tadi.


Tuesday 17 April 2012

Belon Oh Belon

Sudah lama blog ku tinggalkan....walau rindu untuk mengetuk papan kekunci namun masa yang selalu mengejar aku memaksa aku memedamkan dulu kerinduan tu. Dalam kesibukan, kami masih sempat bawa Imran ke Taman Metropolitan....kami jarang bawa Imran kuar ke mana-mana melainkan ke Giant, pasaraya, umah Opah (pengasuh).Kalau Imran pndai bercakap mesti dia dok mengadu boringnya.....hehehe. Masa cuti Pertabalan Yang Di Pertuan Agung aritu, kami sempat luangkan masa bersama.

Aku bukan nak cerita pasal Imran post kali ni. Ni cerita yg keluar dari cebisan kenangan silam aku la...hehe. Masa kat sana ada ramai budak-budak main belon sabun.... Buat aku teringat citer zaman kanak-kanak ribena dulu.....Aku suka sangat main belon sabun. Yang jual kt cni dh moden....macam macam saiz ada. aku dulu buat sendiri.

Masa baru pandai buat belon sabun tu suka benar aku main.....buat dengan sabun/shampoo jer......pastu duk tiup guna straw....lepas balik dari sekolah aku akan singgah beli air...maklumlah dahaga....tengok air tu rasa macam tak minum bertahun. Straw tu la yang aku simpan. Semata-mata nak main belon...

Bila mak tau mula la dia terjerit jerit,membebel patut la shampoo cepat je abes...hehhee....budak-budak biasalah, bila dah kena bebel camtu tak ngaku la ;p


Thursday 8 March 2012

Angkara Abah

Petang tu, aku duk melayan Imran pastu baru perasan kuku dia yang dah panjang. Sebelum mandi kan dia, aku nak potong. Kalau tak potong kang tak pasal-pasal ada "art" kt muka dia. Dah jatuh saham anak mama nanti. Sambil layan Imran kt atas bouncher dia tu...aku habis kan jari tangan kanan. Potong kuku Imran agak amat menyenangkan....tidak seperti yang aku sangka. Alhamdulillah ;) Masa first time nak potong aku mintak mak aku yang potongkan. Rasa macam takut, tak yakin...semua ada. Dah kembali ke KL ni, terpaksa lah memberanikan diri. Kalau tak sampai bila kan??

Setelah siap sebelah kanan,Mr.Hubby  yang berada di sebelah kiri Imran meminta pengetip kuku dari aku nak potong kuku Imran. Dengan harapan nak menolong aku. Pastu mungkin tengok macam senang je kot aku habis potong tu. Aku berkali-kali bertanya boleh ke dia potong....bukan tak percaya cuma bimbang nanti kang terpotong skali dengan isi jari plak.

Dari ibu jari sampai jari tengah masih elok. Masuk jari manis, Imran bergerak dan abah terketip isi jari Imran sket...agak berdarah jugak la....tp Imran nanges kejap jer....pastu bila tegur2 dia, dia dh boleh gelak2 dah....Risau jugak mama dan abah kot2 dia nanges kuat ker....Anak Mama dan Abah mesti kuat.. Baru kena sikit jer tuh ;) Cian abah, sampai sekarang dah serik nak potong kuku Imran. Ape2 pun wahai Mr.Hubby, ku hargai niat ikhlasmu mau menolongku.....

Cuti skola ni, kami akan balik kampung di klate & ganu. Dulu masa berdua, kami balik camtu jer...amik barang sumbat2. Sekarang, segala perhatian tertumpah pada Imran. Nak kena pack brg2 Imran dl...


Friday 24 February 2012

Si Kecilku Makin Membesar

Semalam bawak Baby Imran ke KIA untuk check up bulanan.....sudah genap berusia 3 bulan. Lepas balik kerja, rehat sekejap dan ke rumah opahnya (pengasuh Imran). Di sebabkan Mr.Hubby ku bkerja maka aku "memandu" sendiri Baby Imran ke KIA.

Klinik tidak lah jauh dari umah. Masih dalam taman yang sama......10 minit kot......Alhamdulillah Imran ku makin bertambah cehat. Berat badan nya makin bertambah. Mana tidaknya kadang2 botol 4oz tu mcm x cukup jer dgn dia. Asyik lapar je...hehehe. Bulan lalu berat Imran 4.6kg, semalam berat badan nya mencapai 5.7kg. Suka nya. Ye lah, ibu mana x suka kn??

Pacuan 4 roda Imran.

Sila abaikan tin biskut itu.....hehehe...ms ni dh smpai umh dr klinik. Masih ceria walaupn kena cucuk....nanges kjap jer.

Pipi Imran yg labuh.....buat Mama & Abah geram jer....


Car Seat yg pakai kt dlm umh....hikhik......sbb Imran nk duduk jer x nk baring mama letak dalam nih....smpai tertido duk dalam ni. Imran suka yer duk dlm ni.....ini adiah Ayah Ngah utk Imran. Thnks yer Ayah Ngah bagi Imran Car Seat & stroller nih.....nt datang blh bwk Imran jejalan ehh....

Ok.....mau siap2 nk g amik Imran kt umah Opah nya. Harap2 Imran tak demam angkara suntikan semalam...

Tuesday 14 February 2012

Selamat Datang Anakku Sayang

Alhamdulillah, 19hb November 2011 aku selamat melahirkan baby boy seberat 2.83kg di Hospital Selayang. Sebenarnya aku dh over due 4 ari. Disebabkan aku tak de sakit2 perut aku bt dunno jer. Bila sakit baru aku g spital. Pengalaman melalui proses bersalin tu yg agk mudah...tak tau la bg org lain. Bg sedara aku ramai yg cakap aku agak mudah bersalin. Alhamdulillah ;)



AHMAD THAQIF IMRAN...ketika berusia 2 hari




sebulan lebih ;)


Moga terus membesar dengan sihat dan mnjadi ank yg soleh yea Imran ;) Mama & Abah sayang Imran sgt2.