Monday 30 May 2011

Selamat datang ke pondok buruk

Masa hari jumaat yang lepas aku g ambik spupu, Efa kat Padang Jawa. Dia spupu sebelah arwah mak. Dia baru datang KL dan dapat kerja dikilang Canon Shah Alam. Dalam kol 3.30 ptg aku gerak keluar dr umah ke KTM Batu Caves-Padang Jawa. Nasib baik, masa sampai kat sana, tren sudah ada. Lega rasanya. Tak payahlah aku nak tunggu lama-lama. Sampai di Padang Jawa, Efa dah beli tiket untuk aku dan terus tuggu tren untuk balik Batu Caves semula. Perjalanan dari Padang Jawa tak terasa. Kami berbual panjang disepanjang perjalanan. Nasib baik stesen Batu Caves stesen akhir sekali. Tak perlu kami nak berjaga-jaga supaya tak tersalah stesen. Sampai kat rumah dah kol 6.30. En.Suami belum smpai lagi sebab dia ada khursus di Putrajaya.

Malamnya kami masak-masak. Berselera betul la aku makan. Biasanya nak habiskan satu pinggan pun susah. Padahal lauk malam tu memang ringkas sangat. Kekenyangan kami pada malam tu ;)

Paginya, suami sudah keluar kerana ada majlis berkhatan. Maka, tinggallah kami berdua. Seolah-olah memberi ruang pada kami untuk bercerita. Aku dengan Efa memang rapat sejak kecil lagi. Hari tu kami banyak mengimbau kisah masa kecil kami, kenakalan kami, keluarga kami di kampung. Rindunya masa dulu. Rasanya macam nak kembali pada zaman kecil-kecil dulu.

Tengahari tu sekali lagi memasak Sup Ayam............mmmmmm! sedapnya ;) Malamnya pula, kami menerima kunjungan zaty. Makin ramai yang datang, makin meriahlah rumah kami, makin berseleralah kami makan berlaukkan sup ayam tadi. Makan bertambah-tambah ;)

Pagi ahad tu, zaty dah kembali ke Shah Alam. Tengahari pula, kami bersiap siap untuk menghantar Efa ke rumah sewa. Selamat datang Fa ke pondok buruk aku, nanti kau datang lagi.Boleh kita berkumpul lagi. Jaga diri di tempat orang.




Saturday 28 May 2011

pertama kali........

Masa fira mengandung 8 minggu, ada la sakit perut tengah tengah malam pagi buta dalam kol 2, 3 pagi gitu la. Sakit perut macam memulas nk buang air besar macam tu la. Tapi fira malas nk layan, terus tidur jer. Puas pusing kiri kanan baru boleh tido. Fira malas nk kejutkan sang suami yg enak tido. Ingatkan sakit tu akn beransur hilang. Fira tidur tidur ayam jer malam tuh. Bangun paginya, bagitau suami rasa macam tak larat nak pergi kerja. Muka pun pucat. Sempat la kena bebel sebab tak kejutkan dia.

Muka dah pucat dah pagi tuh, maka suami paksa ajak g klinik beliau. Ingatkan nk rehat kat rumah je. Akhirnya aku terpaksa ikut jugak setelah edisi "paksa memaksa" dan "syarahan" panjang.

Dasar takut hospital/klinik, sebaik berada dalam klinik, sakit ku hilang dengan serta merta! Aku masuk jumpa doktor, periksa perut. My Junior tak nampak melalui scan. Doktor dah buat 3-4 kali scan pun tak nampak jugak. Aku terpaksa dirujuk pada doktor pakar. Doktor pakar jalankan beberapa kali scan masih juga tak nampak My Junior. Mahu atau tidak aku terpaksa dirujuk pada HKL kerana bimbang kandungan diluar rahim berikutan aku pernah mengalami keguguran dua kali sebelum ini.

Ni la pertama kali aku naik ambulans. hahahhaa.....agak kelakar ku rasa kan pada masa itu sebab aku sudah tidak sakit tapi terpaksa dirujuk ke HKL dengan ambulans. Siap ada bunyi siren lagi. Aku nak jer ketawa masa tuh tapi terpaksa di tahan saje kerana ada jururawat yang turut mengiringi. Aduhh! nakal sungguh si kenit ini.

Tidak lama menunggu dihospital, aku di periksa. Terpaksa membuat UPT test sekali lagi untuk mengesahkan aku mengandung. Ini kerana My Junior masih lagi belum kelihatan melalui papan skrin. Penat bersembunyi barulah si kenit ni mahu memunculkan diri. Sehari kami suami isteri dihospital.

Pertama kali aku seharian dihospital, pertama kali menaiki ambulans, pertama kali dirujuk pada pakar. Semuanya gara-gara si kenit ni ;)  Terpaksa aku datang lagi untuk temujanji yang seterusnya.

Monday 23 May 2011

Inilah permulaannya......

Inilah permulaan sebuah catatan perjalanan hidup yang akan di coretkan. Sebelum ini, fira pernah buat blog jugak tapi terhenti oleh beberapa halangan yang tak dapat dielakkan, maka blog lama terpaksa berpindah ke sini. Moga blog kali ini berkekalan hendaknya ;)

Inilah juga permulaan bg perjalanan yang fira sedang lalui sekarang ini. Cuti sekolah hari tu kami balik ke kampung kerana ada kenduri kawen sepupu sebelah suami. Alhamdulillah, aku mengandung ;)

UPT test..........
 Sekarang dh masuk 3 bulan, moga selamat semuanya ;)

ni pic spupu kawen tuh.......amir.

Selamat Pengantin Baru. Moga berkekalan hingga ke syurga ;)