Monday 5 August 2013

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....sepuluh jari ku susun mohon maaf andai ada terkasar bahasa. Alhamdulillah persiapan raya dah siap. InsyaAllah malam raya kami akan bertolak pulang ke kampung halaman tercinta menemui keluarga tersayang. Doa kan perjalanan kami baik2 saja.


Shopping raya tahun cukup penat dan menguji kami. Tak boleh shopping dengan aman damai, tenang. Duk asyik mengejar budak ni. Bila orang pegang dia buat meniarap atas lantai, bila nak dukung dia menggelupur nak turun, bila buat2 nak tinggal dia buat tak tau jer..buh dalam troli dia buat bising menjerit2...adoiii! Terpaksalah ikut je dia nak g mana...

Saturday 22 June 2013

Dia Datang.......

Sedang menunggu ketibaan ibu mertuaku. Insya Allah pagi nanti akan sampai dari Kota Bharu. Kali terakhir jumpa masa balik mengundi PRU13 aritu. Datang melawat cucunya....Imran. dah rindu sangat. Ini gambar beliau....ibu mertuaku.



Masa ni mak datang menghadiri majlis konvokesyen salah sorang cucu beliau. Aku tengah sarat tunggu hari nak bersalin. Comelnya gambar mengandung ni.....;)

Thursday 20 June 2013

Kuih Keria Berperisa Cek Mek Molek

Lepas makan malam aku mula menggoreng kuih yang aku buat petang td.

kuih keria versi aku....ala-ala donut gtu

Keledek yang aku beli kat tesco aritu nk buat pengat ubi tak pun nak buat goreng keledek jer. Aku memang suka keledek oren ni...rasanya manis! Lain yang nak buat, lain pulak jadinya. Dah jadi kuih keria plak.
5 ketul tu dapat la dalam 2 pinggan kuih keria ni. Lagi 1 pinggan aku taruh dalam peti ais...makan petang esok plak.

Sebab nk senang, aku guna gula macam donut tu jer. malas nk buat macam gula batu tu. Tak sabar nk terkam nak makan....hehehe. Rasa nya macam kuih cek mek tu..

Jemput tengok yer...


Tuesday 18 June 2013

Lupa Password






Lama tak masuk ini. Bukan tak rindu tapi lupa password...kehkehkeh. Tu la lama sangat amik "cuti" sekali dah lupa pe password. dah banyak kali try tapi still tak igat pe pasword.

pikir punya pikir baru teringat.hheheehe. saje aku malas nk reset password nk bg ingat skit. Insya Allah akan kembali aktif menulis bila ada kelapangan & intenet tak lembab.

Friday 11 January 2013

Kronologi

Sudah agak lama tidak conteng disini. Sebenarnya....aku baru keluar wad. Kiranya sekarang ni dalam tempoh berpantang la.

30/12/2012 (Ahad)

5.30pm- Aku baru siap masak dan makan malam bersama Mr.Hubby. Baru masuk suapan yang kedua aku berhenti dan mengadu sakit perut yang memulas.

~ Aku mula berpeluh menahan sakit.....muka makin pucat, tangan makin menggigil.
~ Mr.Hubby ajak ke hospital tapi aku tak nak.

6.30pm
~ Aku makin sukar untuk bergerak dan bernafas.
~Mr Hubby buat sedikit pemeriksaan dan mendapati bacaan tekanan darah aku sangat rendah iaitu 68/48 mmHg.
~Perutku mengeras dan amat sakit.
~Mr Hubby cakap perutku 'rigidity' dan segera mengusung aku ke hospital dengan kereta. Anak ditinggalkan kepada jiran sebelah.
~Perjalanan ke Hospital Sungai Buloh lebih kurang 30km kurasakan sangat jauh.

~ Tiba di hospital kt kecemasan aku dah lembik dan gelap mata (blackout).
~Aku ditolak ke zon merah (zon kritikal)
~ Semua doktor dan paramedic mengelilingi aku dan meninggalkan kes kecemasan yang lain.
~ Bersiap sedia untuk dibedah disebabkan bayi luar rahim dan pendarahan yang banyak dalam perut. Pembedahan tersebut dipanggil "Exploratory Laparotomy" dalam bahasa perubatan.

9.00pm - Masuk bilik pembedahan

31/12/2012 (Isnin)

3.00am - Aku keluar dari bilik bedah dan ke ICU

11.00am - Aku mula sedar tp masih mamai kesan dari bius. Tubuhku dipenuhi wayar2 berselirat termasuk  dalam hidung dan tiub darah dari dalam perut ke takungan yg dipanggil 'drainage'.

1.00pm - Keluar dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa (wad sakit puan @ gynecology)

3.00pm -Keluarga dari Terengganu dan Kelantan tiba.

1/1/2013 (Selasa)


~ Di awal pagi Mr.Hubby bergegas ke pejabat untuk lanjutkan cuti dan dapatkan GL.

12.00pm - Tiub makanan (Ryle's Tube) dari hidung ke perut dibuang. Aku dibenarkan makan secara normal.

~ Oksigen juga di tanggalkan.
~ Petangnya ayah aku balik ke Terengganu dan mak aku menemankan aku di sini.

~Mak mertua dari Kelantan tiba waktu subuh

2/1/2013 (Rabu) 

~ Mak mertua melawat
~ Tiub kencing di tanggalkan.
~ Aku masih tak berselera makan. Masih lagi pening2 dan rasa nak muntah kesan bius kata doktor.
~ Sudah boleh berjalan ke tandas sendiri.
~ Yang tinggal sekarang ni hanyalah tiub darah yang tebuk kt perut aku.

~ Malamnya aku tak dapat tidur.....mengalami sesak nafas. Terpaksa sedut oksigen semula.

3/1/2013 (Khamis)

~ Aku di pindahkan dari depan meja doktor ke wad kelas 2. Mungkin aku makin stabil.
~ Tiub darah di tanggalkan
~ Doktor memberi hint esok mungkin dapat keluar.

4/1/2013 (Jumaat)

~ Doktor yang merawat ckp blh keluar petang nanti.
~ Ayah tiba bersama saudara. Imran akan di bawa pulang ke kampung bersama ayah dan mak aku.
~ Meminta kebenaran turun ke lobi hospital untuk brjumpa Imran sebelum di bawa pulang.

3.00pm - Imran pulang ke kampung bersama atuk dan neneknya.

5.30pm - Keluar wad.