Friday, 11 January 2013

Kronologi

Sudah agak lama tidak conteng disini. Sebenarnya....aku baru keluar wad. Kiranya sekarang ni dalam tempoh berpantang la.

30/12/2012 (Ahad)

5.30pm- Aku baru siap masak dan makan malam bersama Mr.Hubby. Baru masuk suapan yang kedua aku berhenti dan mengadu sakit perut yang memulas.

~ Aku mula berpeluh menahan sakit.....muka makin pucat, tangan makin menggigil.
~ Mr.Hubby ajak ke hospital tapi aku tak nak.

6.30pm
~ Aku makin sukar untuk bergerak dan bernafas.
~Mr Hubby buat sedikit pemeriksaan dan mendapati bacaan tekanan darah aku sangat rendah iaitu 68/48 mmHg.
~Perutku mengeras dan amat sakit.
~Mr Hubby cakap perutku 'rigidity' dan segera mengusung aku ke hospital dengan kereta. Anak ditinggalkan kepada jiran sebelah.
~Perjalanan ke Hospital Sungai Buloh lebih kurang 30km kurasakan sangat jauh.

~ Tiba di hospital kt kecemasan aku dah lembik dan gelap mata (blackout).
~Aku ditolak ke zon merah (zon kritikal)
~ Semua doktor dan paramedic mengelilingi aku dan meninggalkan kes kecemasan yang lain.
~ Bersiap sedia untuk dibedah disebabkan bayi luar rahim dan pendarahan yang banyak dalam perut. Pembedahan tersebut dipanggil "Exploratory Laparotomy" dalam bahasa perubatan.

9.00pm - Masuk bilik pembedahan

31/12/2012 (Isnin)

3.00am - Aku keluar dari bilik bedah dan ke ICU

11.00am - Aku mula sedar tp masih mamai kesan dari bius. Tubuhku dipenuhi wayar2 berselirat termasuk  dalam hidung dan tiub darah dari dalam perut ke takungan yg dipanggil 'drainage'.

1.00pm - Keluar dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa (wad sakit puan @ gynecology)

3.00pm -Keluarga dari Terengganu dan Kelantan tiba.

1/1/2013 (Selasa)


~ Di awal pagi Mr.Hubby bergegas ke pejabat untuk lanjutkan cuti dan dapatkan GL.

12.00pm - Tiub makanan (Ryle's Tube) dari hidung ke perut dibuang. Aku dibenarkan makan secara normal.

~ Oksigen juga di tanggalkan.
~ Petangnya ayah aku balik ke Terengganu dan mak aku menemankan aku di sini.

~Mak mertua dari Kelantan tiba waktu subuh

2/1/2013 (Rabu) 

~ Mak mertua melawat
~ Tiub kencing di tanggalkan.
~ Aku masih tak berselera makan. Masih lagi pening2 dan rasa nak muntah kesan bius kata doktor.
~ Sudah boleh berjalan ke tandas sendiri.
~ Yang tinggal sekarang ni hanyalah tiub darah yang tebuk kt perut aku.

~ Malamnya aku tak dapat tidur.....mengalami sesak nafas. Terpaksa sedut oksigen semula.

3/1/2013 (Khamis)

~ Aku di pindahkan dari depan meja doktor ke wad kelas 2. Mungkin aku makin stabil.
~ Tiub darah di tanggalkan
~ Doktor memberi hint esok mungkin dapat keluar.

4/1/2013 (Jumaat)

~ Doktor yang merawat ckp blh keluar petang nanti.
~ Ayah tiba bersama saudara. Imran akan di bawa pulang ke kampung bersama ayah dan mak aku.
~ Meminta kebenaran turun ke lobi hospital untuk brjumpa Imran sebelum di bawa pulang.

3.00pm - Imran pulang ke kampung bersama atuk dan neneknya.

5.30pm - Keluar wad.