Tuesday 1 November 2011

Ahh.....Ahh........Ahmad.....

 

kena pula lagu ni berkaitan ngn mr.hubby.......Ahmad Faizal ;) 
bila dok umah sorang2, dengar lagu ni boleh tersenyum dengar lagu nih

Tuesday 25 October 2011

36 minggu

Kini kandunganku berada pada minggu ke 36. Persiapan utk bby dah siap. Barang untuk ke hospital juga sudah siap. Tinggal utk melengkapkan barang utk mamanya jer. Kebanyakan barang sudah ada.......tinggal sumbat dalam beg jer.....hihihi.

Jantinanya pun sudah di ketahui....namun kami tak berharap. Cukuplah "Si Kenit" lahir cukup sifatnya dan sihat. Barang-barang yang di beli memang langsung tidak berkaitan dengan mana-mana jantina. Tiada yang berwarna pink mahupun biru.....

Debaran di hati usah diceritakan lagi. Berdebar menunggu kelahiran "Si Kenit" kami, berdebar utk melalui proses bersalin nanti. Moga segalanya di permudahkan. Amiiinn! Doakan kami ;)

Gambar scan ketika berusia 31 minggu. Gambar usia 36 minggu dah ada....tp masih dlm kamera.....kalau rajin aku upload kemudian yer ;)


31 Minggu 








Sunday 23 October 2011

READY STOCK : VISCOSE COTTON 1

VISCOSE COTTON 
BIDANG 45 - 4 METER
RM 45 (TAK TERMASUK POSTAGE)

VC019
VC020
VC021
VC022
VC023 

Pertanyaan hubungi FIRA : 0139606082

Friday 14 October 2011

Alahai muridku

Aku suruh ank murid beratur sementara tunggu mak ayah diorg dtg amik....

Aku bertanya pada sorg murid ni....

Cikgu : Mana ayah awak?? (sebab biasanya bila dh kuar dr kelas, ayah dia dah ada dok tunggu)
Murid (5thn) : Late, teacher....
Murid (6thn) : Late tu aper cikgu??

Belum sempat aku bgtau.....sorg murid 5 thn yg lain jawab begini.....

Murid : L.E.G tu kaki......tu pn x tau ker??? (siap eja lg tuh)

Maka, terdiam la murid 6 tahun tersebut....hehehehe

Masa ni, murid 5 thn baru blaja "Parts of My Body". Excited agaknya kot......

Monday 3 October 2011

Kain Pasang Sutera Digital

dari kiri : SD013, SD014, SD015

dari kiri : SD016, SD017, SD018

SD013
SD014
SD015
SD016


SD017

SD018
Kain Pasang Sutera Digital (4 meter)
RM 50 tidak termasuk postage



Berminat?? Boleh hubungi Fira - 0139606082 untuk pertanyaan stok













































































































































































































































































































Sunday 2 October 2011

Jom bershopping........!!!

Jemput singgah membeli belah di kedai online fira @ Abhar Shops. Terdapat pelbagai pilihan menarik seperti T-shirt Muslimah, Blouse Ekslusif, Jubah Ekslusif, Jubah Lycra Ekslusif, Abaya Ekslusif, Skirt Ekslusif, Kain Pasang, Maxi, Maxi Dress, Blouse, Legging, Inner & Singlet.

Jemput singgah yer......

Saturday 1 October 2011

September Collection 3

# S2072 Black

Long sleeve hoody lycra maxi dress


## RM59.00 ##


Material : Lycra


Size : Free Size (Can fit S to XL size)


Ukuran :

Bahu : 15~18inch
Dada : 18~20inch
Pinggang : 15~18inch
Punggung : 26~28inch
Labuh : 55inch

# S2072 Green

Long sleeve hoody lycra maxi dress


## RM59.00 ##


Material : Lycra


Size : Free Size (Can fit S to XL size)


Ukuran :

Bahu : 15~18inch
Dada : 18~20inch
Pinggang : 15~18inch
Punggung : 26~28inch
Labuh : 55inch

Turquoise

# S1156

Long Sleeve round neck with rhinestone lycra maxi dress

with black , grey, brown, pink, purple and turquoise

## RM59.00 ##


Material : Lycra


Size : Free Size (Can fit S to XL size)


Ukuran :

Bahu : 15~16inch
Dada : 19~21inch
Pinggang : 15~18inch
Punggung : 21~23inch
Labuh : 56inch

Black

Brown

Grey

Pink

Purple

Harga tidak termasuk postage. Untuk pertanyan sila PM/Inbox fira @ abhar shops

Susulan Kes Ragut

Aku menerima panggilan dari pegawai polis yang menyiasat  kes ragut tempoh hari meminta aku ke Balai Polis Setapak untuk membuat pengecaman. Malam itu juga, kami bergegas ke sana. Aku di minta untuk membuat kawad cam pada suspek yang ditahan reman. Suspek yang ditahan sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta mengenai kes ragut. No plat motor sudah berpadanan dengan no yang kami berikan. Namun, warna yang kami berikan adalah hitam sedangkan berdasarkan geran motosikal suspek adalah merah.

Akhirnya, kami suami isteri bersepakat untuk tidak membuat sesi pengecaman tersebut terhadap suspek. Kami bimbang kami tersalah tuduh suspek di sebabkan kami tidak melihat wajah suspek semasa kejadian. Kami hanya dapat mengecam bentuk fizikal badan suspek sahaja. Pegawai Polis yang bertugas berulangkali bertanya pada kami seolah-olah tidak percaya dengan keputusan kami. Itulah tekad kami. Semoga suspek mendapat hidayah.

Tuesday 26 July 2011

Kerana Sebuah Basikal


Pagi Isnin aku sampai disekolah macam biasa, ada murid yang dah sampai, ada yang belum sampai lagi. Masa tu, ada sorang murid perempuan baru sampai. Tapi yang peliknya, dia tak nak masuk ke sekolah, asyik menangis dekat mak dia. Aku buat biasa je. Mungkin sebab cuti hujung minggu, maka susahlah nak "menukar jadual" waktu semula.

Lama menunggu, puas mak dia pujuk.....murid ni tak menangis tak berhenti-henti juga. Terpaksalah, aku dengan sorang lagi cikgu menggunakan kudrat untuk menarik dia masuk ke dalam kelas. Kuat betul dia tarik baju mak dia. Hampir terkoyak ku rasa.

Bermulalah edisi pujuk memujuk. Baru ku tahu, rupa-rupanya, dia malu hendak datang ke kelas di sebabkan mak dia menghantar ke sekolah pada pagi ni dengan basikal!! Sebelum ni mak dia hantar dia ke sekolah dengan motorsikal. Terkejut aku. Aku ingatkan dia beria-ia menangis tadi kerana kerja rumah yang di beri tak siap.

Budak-budak zaman sekarang, baru umur enam tahun......sudah punya rasa malu. Rasa malu yang ku kira tak bertempat! Sempat ku ceritakan akan keseronokan berbasikal ke sekolah. Sayangnya kanak-kanak hari ini tak sempat kot merasa pengalaman berbasikal ke sekolah. 

Pada usiaku sebayanya, aku ke tadika berjalan kaki saja dengan di temani oleh ayah dan adik ku, Afiq. Malah, pada masa sekolah rendah, aku pernah meminta pada ayah untuk berbasikal ke sekolah tapi permintaaku ditolak atas alasan bahaya. Ni kerana bila berbasikal ke sekolah, aku mesti melalui jambatan yang sibuk dengan lori, bas, kereta. Aku hanya berjalan kaki saja dengan melalui jambatan gantung. Pada ayah itu lebih selamat.

Mungkin budak perempuan tadi, tak pernah berbasikal pada waktu petang. Sayangnya! Mereka terlepas waktu riang zaman mereka. Kalau di beri pilihan sekarang, aku masih mahu mengulang semula aktiviti berbasikal dulu. Pernah dulu, aku dan suami sanggup menyewa basikal di Bukit Cahaya, Shah Alam semata-mata untuk melepaskan gian berbasikal. Hilang segala rusuh di jiwa, kekalutan di kepala.

Tuesday 19 July 2011

malam duka ;(



malam ini malam duka,
lara hati hanya Tuhan yang tahu, 
sepi sendiri...
disini.....
 


;'(



Monday 20 June 2011

Sejarah Berulang



 LOKASI : JALAN GOMBAK (DEKAT SEKOLAH CHONG HWA)
MASA : 5:30PM
TARIKH : 19 JUN 2011

Semalam dalam sejarah. huhuhu. Aku kna ragut!! First time beb! Masa kejadian aku bermotosikal dengan suami menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Saja kuar jejalan hujung minggu. Sampai kat Batu Empat, dekat Sekolah Cina Chong Hwa aku rasa beg aku kena tarik. Aku toleh, mereka dah jauh didepan Aku terus bagitau suami. Kami cuba mengejar tapi pe lah daya nak di bandingkan dengan motor EX5 dengan motor 125Z. Dalam pada tu, nasib baik aku sempat amik no plat motor tu. Kami kejar smpai ke Tasik Sri Rampai. Namun bayang mereka tidak dapat di kesan!

Kami ke balai polis Gombak untuk buat laporan. Selepas membuat laporan kami di minta ke balai polis Setapak untok berjumpa pegawai bertugas. Pihak Polis memaklumkan no plat WTK 4605, berwarna hitam berpadanan dengan maklumat dalam simpanan JPJ. Cuma pemiliknya ada wanita. Mungkin pemiliknya masih belum menyedari kehilangan motosikal belia. Sementara aku berjmpa pegawai, suami menghubungi pihak bank dan keluarga di kampung utok memaklumkan pada mereka. 

Kebetulan pula, peristiwa ini genap setahun usia rumah kami kena pecah masuk. Mengulang kembali peristiwa hitam yang di coretkan pada tahun yang sudah, pada bulan yang sama. Sabarlah duhai sayang!! Mungkin ada hikmah di sebalik ni semua. Ini mingkin peringatan pada kami suami isteri agar lebih berhati-hati. Ku berdoa moga si peragut mendapt hidayah dari Allah SWT. Malas nk mncarut, maki pada mereka. Tak ada gunanya. Alhamdulillah kami tidak mengalami apa-apa kecederaan. 

Yang tak bestnya, terpaksalah aku pergi ke JPJ, JPN, BANK untuk memperbaharui segala kad-kad yang hilang. Henfon aku jer la yang bernilai. Dalam tu bnyak betul no kontek. Satu hal plak, aku kena mntak balik. Yang sedihnya, purse ELLE hantaran dari suami dirembat sekali ;(

Sekadar Hiasan.....tinggal kenangan ;(






Monday 30 May 2011

Selamat datang ke pondok buruk

Masa hari jumaat yang lepas aku g ambik spupu, Efa kat Padang Jawa. Dia spupu sebelah arwah mak. Dia baru datang KL dan dapat kerja dikilang Canon Shah Alam. Dalam kol 3.30 ptg aku gerak keluar dr umah ke KTM Batu Caves-Padang Jawa. Nasib baik, masa sampai kat sana, tren sudah ada. Lega rasanya. Tak payahlah aku nak tunggu lama-lama. Sampai di Padang Jawa, Efa dah beli tiket untuk aku dan terus tuggu tren untuk balik Batu Caves semula. Perjalanan dari Padang Jawa tak terasa. Kami berbual panjang disepanjang perjalanan. Nasib baik stesen Batu Caves stesen akhir sekali. Tak perlu kami nak berjaga-jaga supaya tak tersalah stesen. Sampai kat rumah dah kol 6.30. En.Suami belum smpai lagi sebab dia ada khursus di Putrajaya.

Malamnya kami masak-masak. Berselera betul la aku makan. Biasanya nak habiskan satu pinggan pun susah. Padahal lauk malam tu memang ringkas sangat. Kekenyangan kami pada malam tu ;)

Paginya, suami sudah keluar kerana ada majlis berkhatan. Maka, tinggallah kami berdua. Seolah-olah memberi ruang pada kami untuk bercerita. Aku dengan Efa memang rapat sejak kecil lagi. Hari tu kami banyak mengimbau kisah masa kecil kami, kenakalan kami, keluarga kami di kampung. Rindunya masa dulu. Rasanya macam nak kembali pada zaman kecil-kecil dulu.

Tengahari tu sekali lagi memasak Sup Ayam............mmmmmm! sedapnya ;) Malamnya pula, kami menerima kunjungan zaty. Makin ramai yang datang, makin meriahlah rumah kami, makin berseleralah kami makan berlaukkan sup ayam tadi. Makan bertambah-tambah ;)

Pagi ahad tu, zaty dah kembali ke Shah Alam. Tengahari pula, kami bersiap siap untuk menghantar Efa ke rumah sewa. Selamat datang Fa ke pondok buruk aku, nanti kau datang lagi.Boleh kita berkumpul lagi. Jaga diri di tempat orang.




Saturday 28 May 2011

pertama kali........

Masa fira mengandung 8 minggu, ada la sakit perut tengah tengah malam pagi buta dalam kol 2, 3 pagi gitu la. Sakit perut macam memulas nk buang air besar macam tu la. Tapi fira malas nk layan, terus tidur jer. Puas pusing kiri kanan baru boleh tido. Fira malas nk kejutkan sang suami yg enak tido. Ingatkan sakit tu akn beransur hilang. Fira tidur tidur ayam jer malam tuh. Bangun paginya, bagitau suami rasa macam tak larat nak pergi kerja. Muka pun pucat. Sempat la kena bebel sebab tak kejutkan dia.

Muka dah pucat dah pagi tuh, maka suami paksa ajak g klinik beliau. Ingatkan nk rehat kat rumah je. Akhirnya aku terpaksa ikut jugak setelah edisi "paksa memaksa" dan "syarahan" panjang.

Dasar takut hospital/klinik, sebaik berada dalam klinik, sakit ku hilang dengan serta merta! Aku masuk jumpa doktor, periksa perut. My Junior tak nampak melalui scan. Doktor dah buat 3-4 kali scan pun tak nampak jugak. Aku terpaksa dirujuk pada doktor pakar. Doktor pakar jalankan beberapa kali scan masih juga tak nampak My Junior. Mahu atau tidak aku terpaksa dirujuk pada HKL kerana bimbang kandungan diluar rahim berikutan aku pernah mengalami keguguran dua kali sebelum ini.

Ni la pertama kali aku naik ambulans. hahahhaa.....agak kelakar ku rasa kan pada masa itu sebab aku sudah tidak sakit tapi terpaksa dirujuk ke HKL dengan ambulans. Siap ada bunyi siren lagi. Aku nak jer ketawa masa tuh tapi terpaksa di tahan saje kerana ada jururawat yang turut mengiringi. Aduhh! nakal sungguh si kenit ini.

Tidak lama menunggu dihospital, aku di periksa. Terpaksa membuat UPT test sekali lagi untuk mengesahkan aku mengandung. Ini kerana My Junior masih lagi belum kelihatan melalui papan skrin. Penat bersembunyi barulah si kenit ni mahu memunculkan diri. Sehari kami suami isteri dihospital.

Pertama kali aku seharian dihospital, pertama kali menaiki ambulans, pertama kali dirujuk pada pakar. Semuanya gara-gara si kenit ni ;)  Terpaksa aku datang lagi untuk temujanji yang seterusnya.

Monday 23 May 2011

Inilah permulaannya......

Inilah permulaan sebuah catatan perjalanan hidup yang akan di coretkan. Sebelum ini, fira pernah buat blog jugak tapi terhenti oleh beberapa halangan yang tak dapat dielakkan, maka blog lama terpaksa berpindah ke sini. Moga blog kali ini berkekalan hendaknya ;)

Inilah juga permulaan bg perjalanan yang fira sedang lalui sekarang ini. Cuti sekolah hari tu kami balik ke kampung kerana ada kenduri kawen sepupu sebelah suami. Alhamdulillah, aku mengandung ;)

UPT test..........
 Sekarang dh masuk 3 bulan, moga selamat semuanya ;)

ni pic spupu kawen tuh.......amir.

Selamat Pengantin Baru. Moga berkekalan hingga ke syurga ;)