Monday 20 June 2011

Sejarah Berulang



 LOKASI : JALAN GOMBAK (DEKAT SEKOLAH CHONG HWA)
MASA : 5:30PM
TARIKH : 19 JUN 2011

Semalam dalam sejarah. huhuhu. Aku kna ragut!! First time beb! Masa kejadian aku bermotosikal dengan suami menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Saja kuar jejalan hujung minggu. Sampai kat Batu Empat, dekat Sekolah Cina Chong Hwa aku rasa beg aku kena tarik. Aku toleh, mereka dah jauh didepan Aku terus bagitau suami. Kami cuba mengejar tapi pe lah daya nak di bandingkan dengan motor EX5 dengan motor 125Z. Dalam pada tu, nasib baik aku sempat amik no plat motor tu. Kami kejar smpai ke Tasik Sri Rampai. Namun bayang mereka tidak dapat di kesan!

Kami ke balai polis Gombak untuk buat laporan. Selepas membuat laporan kami di minta ke balai polis Setapak untok berjumpa pegawai bertugas. Pihak Polis memaklumkan no plat WTK 4605, berwarna hitam berpadanan dengan maklumat dalam simpanan JPJ. Cuma pemiliknya ada wanita. Mungkin pemiliknya masih belum menyedari kehilangan motosikal belia. Sementara aku berjmpa pegawai, suami menghubungi pihak bank dan keluarga di kampung utok memaklumkan pada mereka. 

Kebetulan pula, peristiwa ini genap setahun usia rumah kami kena pecah masuk. Mengulang kembali peristiwa hitam yang di coretkan pada tahun yang sudah, pada bulan yang sama. Sabarlah duhai sayang!! Mungkin ada hikmah di sebalik ni semua. Ini mingkin peringatan pada kami suami isteri agar lebih berhati-hati. Ku berdoa moga si peragut mendapt hidayah dari Allah SWT. Malas nk mncarut, maki pada mereka. Tak ada gunanya. Alhamdulillah kami tidak mengalami apa-apa kecederaan. 

Yang tak bestnya, terpaksalah aku pergi ke JPJ, JPN, BANK untuk memperbaharui segala kad-kad yang hilang. Henfon aku jer la yang bernilai. Dalam tu bnyak betul no kontek. Satu hal plak, aku kena mntak balik. Yang sedihnya, purse ELLE hantaran dari suami dirembat sekali ;(

Sekadar Hiasan.....tinggal kenangan ;(