Saturday 1 October 2011

Susulan Kes Ragut

Aku menerima panggilan dari pegawai polis yang menyiasat  kes ragut tempoh hari meminta aku ke Balai Polis Setapak untuk membuat pengecaman. Malam itu juga, kami bergegas ke sana. Aku di minta untuk membuat kawad cam pada suspek yang ditahan reman. Suspek yang ditahan sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta mengenai kes ragut. No plat motor sudah berpadanan dengan no yang kami berikan. Namun, warna yang kami berikan adalah hitam sedangkan berdasarkan geran motosikal suspek adalah merah.

Akhirnya, kami suami isteri bersepakat untuk tidak membuat sesi pengecaman tersebut terhadap suspek. Kami bimbang kami tersalah tuduh suspek di sebabkan kami tidak melihat wajah suspek semasa kejadian. Kami hanya dapat mengecam bentuk fizikal badan suspek sahaja. Pegawai Polis yang bertugas berulangkali bertanya pada kami seolah-olah tidak percaya dengan keputusan kami. Itulah tekad kami. Semoga suspek mendapat hidayah.

No comments:

Post a Comment